1. Anda tertarik dengan teman baiknya yang sangat seksi
Jika anda fikir teman baiknya itu kelihatan seksi, jangan beritahu perkara sebenar walau dengan nada bergurau sekalipun. Tidak mungkin pasangan anda berasakan itu satu gurauan, malah mereka akan berasa marah dan terluka. Dan dalam jangkamasa panjang kepercayaan mereka terhadap anda sedikit terhakis. Jangan sesekali fikir mereka kuat menghadapi kenyataan anda. Hakikatnya mana-mana perempuan tidak sekuat itu. Jadi jangan ambil risiko.
2. Anda telah melakukan sesuatu yang memalukan sebelum ini
Anda fikir inilah masa yang sesuai untuk membuktikan kejujuran dengan mendedahkan perkara sebenar. Sebenarnya pasangan anda tetap tidak dapat menerima bahawa diri mereka pernah diduakan. Wanita walaupun menyatakan mereka tidak berasa apa-apa sebenarnya mereka tebal dengan sifat dendam dan akan terus mengingati perkara itu sampai bila-bila. Berhati-hati apabila mahu melepaskan beban yang anda tanggung sekarang ini.
3. “Saya tidak berkenan awak berkawan dengan..(kawan perempuannya)”
Jangan sesekali merendah-rendahkan atau memperlekehkan teman-temannya. Sebaiknya beritahu perkara yang baik-baik sahaja tentang mereka. Anda baru sahaja bersama dengannnya sedangkan teman-teman mereka telah mengenali teman wanita anda sejak sekian lama. Siapakah yang lebih mengenali teman-teman kekasih anda itu? Pastinya anda tidak dalam senarai di bawah.
4. Anda punyai hobi yang pelik
Anda mungkin pengumpul barangan ‘Transformer’ atau jam antik tegar dan menjadi teruja apabila melihat telur-telur cicak. Tetapi anda perlu sedar, apakah mereka dapat menerima hobi pelik anda itu? Jangan pula berlagak baik dengan memberitahu perkara sebenar kepada mereka. Peluang untuk anda ditinggalkan adalah lebih tinggi sebenarnya.
5. Jangan jadi ‘anak emak’
Beberapa kali dalam sehari anda menghubungi ibu anda? Jika jawapannya kerap kali, sebaiknya anda kurangkan sedikit. Wanita tidak suka merasakan seperti sedang berebut anda daripada ibu anda. Jadi simpan rahsia diri sekemas-kemasnya.
6. Bandingkan dirinya dengan teman wanita terdahulu
Wanita tidak suka dibandin-bandingkan dengan perempuan lain terutama hal yang buruk-buruk. Jika anda berbuat begini anda sebenarnya menempah satu hubungan yang singkat.
7. Simpan rahsia kelemahan anda
Jika anda jenis lelaki yang takutkan labah-labah mahupun cicak, simpan rahsia itu sebaiknya. Biarkan mereka tahu rahsia anda secara natural iaitu sepanjang berhubungan dengan anda.
8. “Saya suka dengan (nama wanita lain)”
Jangan beritahu mereka tentang isi hati anda ini lebih-lebih lagi jika anda seorang lelaki yang mudah tertarik dengan mana-mana wanita cantik.
9. “Saya rasa hubungan kita tidak terjamin lagi”
Wanita tertarik dengan lelaki yang penuh karisma dan keyakinan. Andai anda sendiri berasa kurang yakin malah sesekali berasa cemburu dengan status kerjayanya dan gajinya yang tinggi, pasti mereka mulai menghindari anda. Jika ada perasaan sebegitu sebaiknya anda kawal hati dengan sebaiknya. Tidak salah andai gaji mereka lebih besar daripada anda.
10. Dia tidak disukai keluarga anda
Anda hanya memarakkan api yang sedang menyala. Sebaiknya anda diamkan sahaja perkara itu daripada diketahui pasangan. Sementara menunggu masalah reda, anda boleh memujuk keluarga untuk menerimanya dengan memberitahu perkara baik tentang wanita pilihan anda itu.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar